Info 18 ++ Kisah G3rsang Seorang Janda...



Anuar memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu pagar usang rumah kampung itu. Kemudian Faridah keluar dari kereta, membuka pintu pagar seluasnya dan Anuar memandu keretanya masuk ke halaman rumah. Beberapa minit kemudian, Anuar keluar dari kereta. Dia membuka boot belakang kereta dan mengeluarkan beberapa beg plastik yang tertulis perkataan Tesco. Beg plastik itu berisi barangan dapur dan buah-buahan. Faridah menyambutnya dari tangan Anuar dan terus masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba muncul Latifah dari arah dapur, meluru ke arah Anuar. Anuar yang baru sahaja hendak menutup pintu boot keretanya, terperanjat dengan kemunculan Latifah. Dia benar-benar tidak menyedari bila waktunya Latifah berdiri di sebelahnya. Badannya terlanggar badan Latifah tanpa sengaja. Nafsunya bergetar dan kelakiannya sedikit melonjak. Anuar memandang Latifah yang tersenyum simpul di sebelahnya. “Menyampah!”, gerutunya dalam hati. 

“Nuar, ada lagi ke barang yang nak diangkat, boleh akak tolong angkat bawa masuk.”

Anuar hanya membisu. Dia segera berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Latifah di belakangnya. Latifah berlari anak membuntutinya. Semasa Anuar menunduk untuk membuka kasut di hadapan muka pintu, Latifah memintasnya. Tiba-tiba dia terasa tangan Latifah mengusap-ngusap punggungnya. Dia segera menepis tangan Latifah tetapi Latifah terlebih dahulu melarikan tangannya dan terus berlalu dan menyertai Faridah di dapur bersama ibu mentuanya. Dia memandang Latifah dengan pandangan yang tajam, kemudian Anuar beredar ke ruang tamu. Cuaca sejak beberapa minggu ini begitu membahang. Anuar membuka kipas dengan kelajuan paling maksima. Namun kipas tua yang tergantung di siling ruang tamu rumah ibu mentuanya itu seperti sudah nazak benar. Terlalu perlahan kipas itu berpusing. Anuar akhirnya membuka butang kemejanya lalu merebahkan badannya di atas kerusi rotan di ruang tamu. Dia berbaring di atas kerusi panjang sambil membaca surat khabar di sisi lalu meneliti setiap berita dengan khusyuk. Akhirnya, Anuar terlelap di sofa dengan nyenyaknya.

Tiba-tiba Anuar terjaga apabila dia terasa ada tangan sedang merayap di dadanya. Tangan itu mengurut-ngurut dadanya dengan lembut. Dalam keadaan mamai, Anuar memegang tangan itu. “Ida?” Tiada jawapan. Anuar memaksa dirinya untuk membuka mata. Sebaik sahaja dia membuka mata, dia betul-betul terperanjat kerana di sisinya ialah kakak iparnya, Latifah dan tangan yang dipegangnya itu ialah tangan Latifah. Kelihatan Latifah sedang tersenyum manis memandang Anuar. Anuar segera menolak tangan Latifah dari dadanya lalu dia bingkas bangun dan menjauhkan dirinya daripada Latifah.


“Apa ni kak?” Tinggi suara Anuar menerjah ke telinga Latifah. Matanya meliar melihat ke sekeliling rumah sambil membutangkan semula kemejanya. Dia bimbang jika Faridah atau ibu dan bapa mentuanya melihat adegan sebentar tadi. 

Latifah membetulkan kedudukannya. Mukanya kelihatan bersahaja. Langsung tiada riak bimbang atau malu atau bersalah. 

“Ni ha, akak bawak ais sirap. Nuar tentu hauskan?” Latifah menunjukkan segelas ais sirap di atas meja kopi. Mata Anuar memandang gelas ais sirap itu. Ais sirap merah itu memang menggoda tekaknya apatah lagi tekaknya memang agak perit dan dia memang sangat dahaga. Anuar mahu sahaja mencapai gelas ais sirap di atas meja itu, tapi tiba-tiba dia tidak jadi berbuat demikian.

“Mana Faridah?” Soal Anuar setelah diamatinya rumah itu agak sunyi.

"Faridah dengan mak pergi ke rumah kak Ton."


"Rumah Kak Ton? Buat apa ke sana? Kenapa dia tak beritahu saya?"

"Tadi mak minta tolong Faridah temankan mak. Kak Ton kan nak kenduri esok, jadi kak Ton minta tolong mak buat pulut kuning. Faridah nak beritahu Nuar tadi, tapi Nuar tidur. Alah, dia pergi sekejap saja tu, bukannya jauh pun. Sekejap lagi baliklah tu."


"Kenapa akak tak pergi sama?"

"Akak dah pergi pagi tadi. Lagipun, kalau semua pergi, siapa pula nak jaga rumah?" 

"Mana ayah?"

"Ayah ke pekan sejak pagi tadi dengan Pak Hamid, pergi ke pejabat tanah, nak uruskan tanah kat tepi sungai tu."

"Minumlah ais sirap ni Nuar, nanti kalau ais dah cair, tawar pula jadinya, dah tak sedap pula nanti." Latifah memungut surat khabar di lantai lalu menyusunnya di atas meja. 

Anuar masih berdiri dan membisu. Dia sedang memikirkan sesuatu. Mungkin inilah masa dan saatnya yang sesuai untuk dia berterus terang kepada Latifah. Anuar memandang Latifah di hadapannya. 

“Kenapa Nuar pandang akak macam tu?” Latifah tersenyum manis. Senyuman paling manis untuk lelaki idamannya.

“Kak, saya nak cakap sikit dengan akak.” Anuar sebenarnya serba salah untuk memulakan kata-katanya. Dia bimbang Latifah akan tersinggung, namun inilah peluang terbaik untuk dia meluahkannya, kerana hanya mereka berdua di situ.

"Cakaplah, akak dengar ni." Lembut suara Latifah kedengaran di telinga Anuar.

"Akak, saya ni adik ipar akak, suami kepada adik akak. Jadi saya rasa segala perbuatan akak pada saya selama ini salah, kak."

"Akak buat apa pada kau?"

"Akak tanya saya apa akak buat pada saya? Akak cuba goda saya!" 

"Nuar pun sukakan?"


"Saya tak suka! Perbuatan akak ni berdosa."


"Alah, akak tahu, kau pun tak puas dengan Faridah. Faridah tu asyik semput memanjang. Faridah tu, sampai sekarang tak beranak-beranak pun. Mengaku sajalah Nuar, apa nak dimalukan dengan akak."

Anuar terkedu mendengar kata-kata Latifah.


"Sampai hati akak kutuk adik akak sendiri? Kami tak ada anak sebab belum ada rezeki, kak. Untuk pengetahuan akak, saya bahagia dengan Faridah."

"Iyalah sangat."


"Akak, saya beri amaran kepada akak. Kalau akak cuba goda saya lagi, saya tak akan teragak-agak akan beritahu Faridah hal ini. Tolong jangan khianati darah daging akak sendiri."

"Kalau kau berani, cakaplah. Kalau kau nak tengok rumahtangga kau berantakan, cubalah beritahu Faridah. Faridah lebih percayakan aku daripada kau, Nuar, sebab aku ni kakak dia."

Anuar terdiam mendengar kata-kata amaran daripada Latifah. Dia tidak menyangka sama sekali, dia pula diugut oleh Latifah. Memang licik perempuan ni, bisiknya dalam hati. Anuar terus meninggalkan Latifah yang masih duduk di ruang tamu. Dia masuk ke biliknya lalu mengunci pintu dari dalam. Anuar duduk di birai katil sambil termenung. Dia mencari akal bagaimana hendak memberitahu Faridah tentang Latifah. Masalahnya, Faridah sendiri seperti acuh tak acuh dengan sikap kakaknya. Pernah Faridah terserempak dengan dia dan Latifah di dalam bilik stor berdua-duaan. Waktu itu, dia sedang mencari sesuatu di dalam bilik stor, tiba-tiba Latifah masuk ke dalam bilik stor itu dan menutup pintu. Belum sempat dia hendak keluar dari bilik stor itu, Faridah membuka pintu bilik stor kerana mahu mencari sesuatu. Faridah kelihatan agak terkejut apabila melihat dia dan Latifah berada di dalam bilik stor itu. Anuar bimbang jika Faridah menuduhnya melakukan sesuatu yang tidak baik dengan Latifah di dalam bilik stor itu. Dia membayangkan tentu Faridah akan mengamuk atau memarahinya atau setidak-tidaknya bermasam muka dengan kakaknya, namun jangkaannya meleset. Apabila mereka berdua di dalam bilik, Faridah langsung tidak bertanya hal yang berlaku di dalam bilik stor itu sedangkan dia sudah menyediakan alasan yang sebenar jika Faridah menuduhnya yang bukan-bukan. Faridah bersikap selamba dan biasa sahaja seolah-olah dia tidak nampak apa-apa. Dengan Latifah juga, Faridah masih kelihatan mesra dan bergelak ketawa seperti biasa. Dia hairan dengan sikap Faridah. Langsung tiada perasaan cemburu atau prasangka. Biar betul. Walau apapun, dia mengakui, hubungan Faridah dan Latifah sangat akrab. 

Latifah masih agak menawan walaupun sudah berusia 45 tahun. Dia dan Latifah sebaya. Tubuh wanita itu agak kemas dan masih bergetah. Hmm, janda anak empat, memanglah bergetah, getusnya sendiri. Beza umur Latifah dengan Faridah cuma dua tahun. Perwatakan Latifah lebih ceria berbanding Faridah. Faridah agak pendiam manakala Latifah lebih peramah, tetapi kalau dua beradik itu berdua bersama, mereka asyik berceloteh sepanjang masa. Latifah merupakan janda kematian suami. Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lima tahun yang lepas. Latifah mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Semuanya sudah besar panjang. Yang sulong berumur 20 tahun, yang kedua 18 tahun, yang ketiga 15 tahun dan yang bongsu pun sudah di tingkatan dua. Yang sulong dan yang kedua bekerja dan tinggal di Pulau Pinang. Yang ketiga dan bongsu pula tinggal di asrama, jadi Latifah tinggal bersama emak dan ayahnya bertiga di rumah itu. Dua minggu sekali anak-anaknya yang tinggal di asrama akan pulang dan bermalam di rumah, jadi rumah itu agak sepi pada hari-hari biasa. Adik beradik Faridah yang lain tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing. Biasanya dia dan Faridah akan pulang ke rumah mentuanya pada hujung minggu kerana dia dan Faridah tinggal di rumah sendiri di Taman Sri Pinang, tidak jauh dari kampung dan rumah mentuanya. Jika ada keperluan, dia dan Faridah akan pulang ke rumah mentuanya tidak kira masa.

Anuar terkenang semula kata-kata Latifah sebentar tadi. Bagaimana Latifah boleh beranggapan bahawa dia suka akan godaan Latifah? Ahh, perempuan gersang memang macam tu, tak ingat dosa pahala, tak kira siapa, semuanya mahu digoda, getus hatinya sendiri tetapi suatu hal, Anuar tidak dapat menafikan perasaannya. Dia lelaki normal, sihat dan masih gagah. Nafsu lelakinya kadang-kadang tergugat juga dengan godaaan Latifah. Setiap kali dia terlanggar Latifah tanpa sengaja, atau sewaktu Latifah menyentuhnya, nafsunya bergetar. Itu lumrah, bukan dibuat-buat. Latifah pula sangat pandai menggoda, sengaja menyentuh bahagian tubuhnya yang sensitif tanpa relanya, dan wajah Latifah kelihatan selamba sahaja walaupun wajahnya sendiri bertukar merah padam dengan perbuatan Latifah. Dahulu Latifah tidak begini, tetapi sejak setahun yang lepas, perangainya berubah. Dahulu Latifah sangat menghormatinya sebagai adik ipar walaupun mereka sebaya. Anuar juga hairan memikirkan perubahan sikap Latifah. Sehingga hari ini dia masih mampu menangkis godaan Latifah, tetapi bagaimana dengan esok atau lusa? Kalau digoda sepanjang masa, lambat laun pasti imannya akan rapuh jua. Nauzubillah himinzalikh…Ya Allah, minta dijauhkan perkara itu, doa Anuar di dalam hati. Ya Allah, kuatkanlah imanku, jauhilah aku daripada melakukan kemungkaran ya Allah. Jadi, untuk mengelakkan perkara-perkara terkutuk itu terjadi, dia mesti memberitahu Faridah tentang perbuatan tidak senonoh kakak kesayangannya itu. Masalahnya, adakah Faridah akan percaya akan kata-katanya? Tak apa, yang penting dia harus memberitahu Faridah perkara yang sebenar sebelum terlambat. Faridah mahu percaya atau tidak, itu perkara kedua, bisiknya dalam hati. Dia harus mencari waktu yang sesuai untuk menceritakan hal itu kepada Faridah. Semoga Faridah mengerti dan memahami situasinya. Semoga Faridah turut memikirkan langkah-langkah untuk dia menghindari kakaknya itu. Semoga hidupnya kembali aman tanpa godaan Latifah. Semoga dan semoga, itulah harapan Anuar.


Malam itu selepas makan malam, Anuar meminta diri untuk pulang ke rumahnya kerana sudah sehari suntuk dia dan Faridah berada di rumah mentuanya. 

"Ayah, mak, saya dan Faridah balik dulu ya. Esok saya kerja." 

"Yalah, bawa kereta tu elok-elok." Pesan Haji Karim. Esok jangan lupa kenduri rumah kak Ton. Kalau kau berdua tak datang, apa pulak kata mereka nanti. Kita ni hidup berjiran, kenduri kendara kena tunjuk muka."

" Yalah ayah, saya dan Faridah akan datang esok."

"Ehh…kenapa pulak Faridah nak balik. Faridah bukannya kerja esok. Biarlah dia tidur di sini. Esok pagi-pagi dia boleh terus pergi ke rumah kak Ton dengan mak dan akak, tolong apa-apa yang patut di rumah kak Ton. Kalau tunggu Nuar balik baru Faridah nak datang, nampaknya petang baru nampak muka." 

"Hah..betul juga kata Latifah tu, Nuar", sampuk Hajjah Rahmah. "Biarlah Faridah tidur di sini saja, Nuar."

Anuar memandang Faridah yang sudah bersiap sedia untuk pulang.

“Macam mana Ida?”

"Ida mana-mana pun boleh. Abang izinkan ke?"

Anuar menjadi serba salah. Lama juga dia diam,

"Amboi, macam pengantin baru, tak sanggup berpisah semalaman?" Latifah mencelah. Muka Anuar merah padam mendengar sindiran Latifah. Akhirnya dia terpaksa mengalah.

"Yalah…Ida, mak ayah, saya balik dulu. Petang esok saya datang. Anuar pun melangkah keluar dari rumah mentuanya menuju ke keretanya. Sewaktu Anuar hendak menghidupkan enjin keretanya, tiba-tiba Latifah datang meluru ke kereta.

"Ya Allah, apa lagi ni", desis Anuar dalam hati. 

“Nuar, akak tumpang Nuar sampai ke kedai runcit kat depan tu ya. Kebetulan akak nak beli barang. Takut pula jalan sorang-sorang malam-malam ni."

Anuar sudah dapat mengagak muslihat Latifah. Hatinya berat untuk menumpangkan Latifah, namun dia tidak mampu untuk mengatakan tidak kerana bapa mentuanya sedang memerhatikannya dari dalam rumah. Anuar tidak menjawab. Tanpa dijemput, Latifah membuka pintu kereta lalu duduk di sebelah Anuar. Setelah Latifah menutup pintu kereta, Anuar terus memandu keretanya perlahan melalui lorong ke jalan besar. Suasana di dalam kereta sepi. Tiba-tiba tangan Latifah menjalar di peha kirinya. Anuar terkejut namun nafsunya tetap bergetar. Dia membrek keretanya secara mengejut. Akibatnya badan Latifah terdorong ke hadapan. Anuar memberhentikan keretanya di bahu jalan. Anuar menepis tangan Latifah dari pehanya dengan kasar.

"Apa ni kak? Dalam kereta pun nak buat hal?" Suara Anuar kedengaran meninggi.

"Nuar, kenapa nak marah-marah ni? Nuar pun sukakan? Jangan pura-pura dan berlagak sombong dan baiklah Nuar. Akak tahu Nuar pun nakkan?" 

"Astagfirullahhalazim , akak, ingat Allah kak. Saya ni adik ipar akak. Jangan buat perangai tak senonoh ni.”

Latifah tidak mempedulikan kata-kata Anuar. Dia terus memegang dan mengusap tangan kiri Anuar dengan penuh ghairah. Anuar merasakan bulu romanya meremang. Anuar cuba menepis tangan Latifah. Tiba-tiba tangannya terkena muka Latifah. Latifah menjerit kecil. Dia menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Anuar jadi resah seketika. 

"Akak?" Anuar cuba melihat muka Latifah dengan lebih dekat. Dia bimbang cincin di jarinya terkena muka Latifah dan menyebabkan luka di muka Latifah.

Tiba-tiba sahaja Latifah bertindak agresif. Dia menarik kepala Anuar rapat ke mukanya, lalu dia mengucup bibir Anuar dengan pantas, penuh berahi. Anuar tergamam, tidak sempat menolak. Akhirnya Anuar membalas kucupan Latifah, juga dengan penuh berahi. Kini seluruh tubuhnya dikuasai oleh nafsu berahi. Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta dari arah belakang. Anuar tersentak. Dia menolak tubuh Latifah jauh darinya. Dia beristighfar beberapa kali. "Ya Allah, ampunilah aku." 

Anuar bergegas turun dari kereta lalu membuka pintu kereta untuk Latifah.

"Akak, demi Allah, saya tak merelakan semua yang berlaku tadi. Akak tolong turun dari kereta saya sekarang. Lebih baik akak balik sekarang. Bertaubatlah akak!"

Latifah membetulkan tudungnya. Dia turun dari kereta dengan wajah masam mencuka.

"Nuar, jangan sesekali kau beritahu Faridah pasal hal ini, atau rumahtangga kau akan berantakan. Ingat, Faridah lebih percayakan akak daripada kau."

Sejurus itu, Latifah berjalan pulang ke rumah dalam suluhan lampu jalan dan samar cahaya bulan. Anuar bergegas menghidupkan enjin keretanya lalu memecut pulang ke rumahnya. Di rumah, dia termenung panjang memikirkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Dia kemudiannya mengambil wuduk dan melakukan solat sunat taubat dan akhirnya dia menangis di dalam sujudnya.

Di rumah, di dalam biliknya, Latifah berbaring di atas katilnya sambil memeluk bantal peluk. Dia tersenyum sendiri. Dia terkenang semula peristiwa yang berlaku di dalam kereta sebentar tadi. Dia tidak akan pernah melupakan kucupan balas Anuar sebentar tadi. Walaupun hanya sekejap, namun dia puas. Nafsunya kembali bergelora. Dia yakin suatu hari nanti dia akan berjaya juga menawan nafsu Anuar. Anuar akan jatuh juga ke dalam pelukannya. Dia akan menunggu saat dan ketika itu. 

"Huh, alim konon, menolak konon", desis Latifah dalam hati. "Kalau dah namanya lelaki, lelaki jugalah, sama juga macam kucing, kalau dah nama kucing, kucing jugalah, tak akan menolak ikan di depan mata." Latifah tersenyum sendiri. Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila Faridah masuk ke dalam bilik dan berbaring di sebelahnya.

"Ehh, engkau ni Ida, kalau ya pun nak masuk, ketuklah pintu tu dulu, ni main redah saja." Latifah mengomel.

"Ehh, akak ni, sejak bila pula kena ketuk-ketuk pintu ni. Selama ni tak pernah pun Ida ketuk. Akak tak marah pun. Akak beli apa kat kedai tadi? Tak nampak barang pun. Kenapa pula akak balik jalan kaki? Kenapa tak minta abang Nuar hantar akak balik?"

Latifah membiarkan sahaja soalan-soalan Faridah berlalu tanpa jawapan. Dia buntu untuk memberikan alasan. Dia berpura-pura tidur agar Faridah tidak lagi bertanya.

Apabila soalannya tidak berjawab, Faridah menjenguk muka Latifah yang sedang membelakangkannya.

"Eh, kita cakap dengan dia, boleh je dia tidur." Faridah pula mengomel sendiri. 

****************************************
Anuar mengambil cuti selama tiga hari khusus untuk membawa Faridah makan angin ke Kuantan, sempena ulang tahun ke-18 perkahwinan mereka. Anuar menempah penginapan di Hotel D’Renaissance di bandar Kuantan. Anuar mahu mengambil kesempatan itu untuk berterus-terang dengan Faridah tentang Latifah. Pada malam terakhir di hotel, Anuar telah menceritakan segala-galanya kepada Faridah, kecuali peristiwa di dalam kereta tempoh hari. Malangnya Faridah tidak memberikan apa-apa reaksi setelah mendengar cerita daripada Anuar. Anuar kesal dengan sikap Faridah, seolah-olah dia tidak mempunyai hati dan perasaan. 

"Ida, Ida dengar tak apa yang abang ceritakan pada Ida ni?"

"Ya, Ida dengarlah ni."

"Habis tu?"

"Habis tu apa?"

"Ida langsung tak marah?"

"Ida percayakan abang."

"Maksud abang, Ida tak marahkan kak Latifahke?" 

"Entahlah bang. Ida tak tahu nak cakap apa. Dahlah bang, Ida ngantuk ni, Ida nak tidur."

Anuar terkedu. Dia kemudiannya melepaskan satu keluhan yang amat berat. Dia jadi bingung dengan sikap Faridah. Dia berbaring di sebelah Faridah sambil termenung. Dia tidak mampu memikirkan apakah kesudahan ceritanya dengan Latifah. Hidupnya kini sudah tidak aman. Sikap Latifah semakin melampau. Godaannya semakin menjadi-jadi. Kegersangan janda beranak empat itu sudah mencapai tahap kronik, fikir Anuar sendiri. Aku kena bagi perempuan ni kahwin, barulah dia tak mengatal lagi, Anuar berkira-kira sendiri. Tapi siapa yang hendak berkahwin dengan Latifah? Entahlah! Buntu Anuar memikirkannya. Akhirnya Anuar terlelap juga sewaktu sedang berfikir-fikir.

Sekembalinya Anuar dan Faridah dari bercuti, rutin hidup mereka berjalan seperti biasa. Latifah seperti biasanya akan mengambil peluang untuk menggoda Anuar jika ada kesempatan dan ruang. Anuar merasakan dia harus menceritakan masalahnya kepada seseorang, seseorang yang boleh dipercayai, yang boleh membantunya menyelesaikan masalahnya. Dia tidak boleh mengharapkan Faridah untuk menyelesaikan masalahnya, kerana Faridah kelihatannya lebih mengutamakan kakaknya dan lebih menjaga hubungan kekeluargaan daripada suaminya sendiri. Dia tidak akan menceritakan masalahnya kepada ibu bapa mentuanya. Kalau Faridah sendiri tidak kisah, apatah lagi mentuanya. Pasti dia pula akan dituduh cuba menggoda Latifah. Pasti Latifah akan mereka-reka cerita untuk menyalahkannya. Anuar tercari-cari siapa antara rakan-rakannya yang boleh dipercayai. Tiba-tiba dia teringatkan Halim, rakan di tempat kerjanya. Halim agak pendiam tetapi mempunyai idea dan fikiran yang bernas jika diminta memberi apa-apa pendapat. 

Hari itu sewaktu makan di kantin, Anuar telah berkisah segala-galanya kepada Halim, dari A hingga Z. Halim mendengar dengan penuh minat namun sesekali dia mencelah.

"Itulah susahnya jadi orang kacak macam kau ni Nuar. Muka macho, badan sasa, tinggi, dan tegap, perempuan mana tak cair. Kalau aku ni perempuan, aku pun cair dengan kau. Ha ha ha." Halim tergelak panjang.

"Eh Lim, aku cerita kat kau ni untuk tolong aku macam mana nak selesaikan masalah aku ni, bukannya suruh kau gelakkan aku. Kalau perempuan lain cair kat aku, aku tak kisah, tapi masalahnya, perempuan tu kakak ipar aku!"

"Relakslah bro. Aku tengah fikir ni. Kau dah beritahu isteri kau perkara ni?"


"Dah, tapi sia-sia saja. Dia buat endah tak endah saja. Barangkali dia tak sayang aku kot. Dia lebih sayang kakak dia lagi daripada aku." 

"Kenapa dia bodoh sangat ah? Atau dia sendiri sebenarnya serba salah?"

"Entahlah Lim, aku sendiri tak faham isteri aku tu. Dia macam tak kisah kakak dia goda aku." 

"Nuar, aku rasakan, kau pun 2 x 5 dengan kakak ipar kau tu. Kau kata kau pun tergoda juga dengan godaan diakan. Nampaknya kau pun memang suka digoda."

"Engkau salah Lim. Aku tak sama dengan perempan gersang tu. Aku sebenarnya diuji dengan ujian nafsu , dan setakat ini aku masih mampu bertahan. Esok lusa aku tak boleh nak ramal apa akan berlaku. Aku harap iman aku tak rapuh dengan godaan perempuan tu."

"Beginilah Nuar, aku nasihatkan kau, jangan selalu pergi ke rumah mentua kau tu."

"Itulah yang payahnya Lim. Hampir setiap minggu aku kena mengadap mentua aku di rumah mereka sebab aku uruskan projek 'summer' kem mereka, dan kakak ipar aku merangkap ketua tukang masak kat situ. Jadi nak tak nak aku terpaksa berurusan dengan kakak ipar aku tu untuk bincang pasal makanan peserta yang menginap di kem tu."

"Oh ya ke? Memang masalah besar tu, Nuar. Kalau macam tu Nuar, aku pun tak tahu macam mana nak tolong engkau selesaikan masalah engkau ni. Satu saja saranan aku yang terakhir, tebalkan iman di dada kau tu, Nuar. Hanya itu caranya untuk menangkis godaan janda tu." 

"Aku akan cuba sedaya upaya aku , Lim. Terima kasih kerana sudi mendengar masalah aku".

"Itulah gunanya kawan, bro."

Malam itu, sebaik pulang dari surau, Faridah meluru mendapatkannya di muka pintu sambil menangis. Annuar agak terkejut dengan aksi Faridah. 

"Abang, jom kita balik ke rumah mak sekarang." Suara Faridah kedengaran panik.

"Kenapa ni Ida? Kenapa Ida menangis?"

" Kak Latifah, bang. Ayah call tadi bagitahu kak Latifah kena stroke tiba-tiba setelah tergelincir dan terjatuh dalam bilik mandi." 

Anuar terkedu. "Astagfirullahhalazim…masya-Allah." Hanya patah-patah perkataan itu yang terkeluar dari mulut Anuar. Balasan Tuhankah itu, tanyanya di dalam hati. Hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terjadi. Wallahhuallam….
Share to Facebook