Perghh !! Asyuk !!! Memang Gila Lah!! Inilah Gaji Ghaddar Bersama JDT Selepas Tinggalkan Kelantan...
Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan spekulasi mengenai harga penyerang Kelantan Mohammed Ghaddar mencecah RM5 juta hanya sekadar untuk melariskan akhbar.
Beliau berkata, pihaknya sudah menetapkan polisi pada musim ini untuk berjimat sekali gus menafikan nilai itu sanggup dibayar JDT.
"JDT tak akan bayar RM5 juta untuk pemain yang sudah berusia 32 tahun. Laporan RM5 juta hanya untuk jual surat khabar," jelasnya melalui satu temuramah disiarkan Facebook rasmi JDT, hari ini.
Terdahulu, penyerang yang sedang mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super 2017 itu menjadi perhatian media berikutan isu perpindahannya ke JDT termasuk andaian nilai RM5 juta diletakkan sebagai sesuai untuk mendapatkan khidmat Ghaddar.
Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, keputusan untuk mengambil Ghaddar pada jendela perpindahan pertengahan musim ini adalah tindakan tepat dibuat JDT.
Katanya, pemain dari Lubnan itu telah terbukti sebagai pemain terbaik di samping mengetahui selok-belok bola sepak tempatan dan pasukan lawan.
"Jikalau kita ambil pemain harganya mahal dari luar negara, pemain tersebut pula dalam masa singkat terpaksa menyesuaikan diri untuk tahu (mengenai) bola sepak tempatan.
"Jadi untuk apa kita bayar lebih mahal untuk ambil pemain dari luar negara. Kalau nak ambil pemain mahal boleh, tapi bukan pada pertengahan musim," katanya.
Sementara itu, presiden FAM itu menggesa agar penyokong tidak mudah percaya dengan laporan sebelah pihak media.
"RM5 juta hanya untuk jual surat khabar, harga yang betul saya tahu. Harga sebenarnya yang betul pada saya munasabah dan keputusan yang tepat.
"Saya takkan letak kelab JDT dalam situasi yang boleh membenarkan sesiapa untuk ambil kesempatan.
"Jadi keputusan yang tepat dengan harga yang kami bayar, kami dapat pemain penjaring terbanyak buat masa ini," ujarnya.
Tambah beliau, selain Ghaddar, JDT juga akan membawa masuk seorang lagi pemain import dari Sepanyol yang akan diumumkan tidak lama lagi.