Gempar! Jep gaduh dengan Shahrol Shiro aku rase jep nih ego tinggi...mcm bagus sgt...mcm kes dgn mamat dlu, die yg lebey...aku tgk shuib ok je ngan mamat..die cm takleh nk berbaik dgn mamat tuh..


Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 kini hampir ke kemuncaknya. Memasuki minggu ke 11 persaingan diantara peserta dilihat semakin sengit. Boleh dikatakan, ada beberapa nama yang mampu bergelar juara. Disebabkan itu, timbul gosip negatif berkenaan beberapa peserta yang dikatakan berselisih faham berikutan tekanan pertandingan yang semakin memuncak.
Terbaru, kumpulan Shiro dan Sepahtu dikatakan bergaduh di belakang pentas pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. Kedua-dua kumpulan pelawak popular itu dikatakan berselisih faham dan berdepan tekanan hebat dalam pertandingan itu sehingga membawa kepada perbalahan di antara mereka di belakang pentas, baru-baru ini.
jep sepahtu dan shahrol shiro
Shahrol atau nama sebenar, Shahrol Azizie Azmi, 30, berkata, dakwaan mengatakan mereka bergaduh tidak berlaku walaupun dia mengakui persaingan berbaki dua minggu dalam MLM2013 semakin sengit. Shahrol berkata, suasana dan semangat pertandingan kali ini berbeza berbanding tahun lalu kerana persaingan kuat antara peserta.
“Kalau nak kata bertekak atau bertumbuk itu memang tak ada. Setakat berdiam diri, tak bercakap itu mungkin. Saya akui ada tekanan tinggi dalam pertandingan ini. Mungkin kalau tertekan sangat persiapan masing-masing kami tak bertegur sapa dan berdiam diri walaupun berselisih. Tapi nak kata sampai kami bergaduh, bertumbuk atau meninggi suara itu memang tak berlaku. Tekanan kali ini sangat tinggi. MLM2012 dulu kami seronok dan santai, tapi tahun ini persaingan lain macam. Tempoh pertandingan dilanjutkan ke 13 minggu berbanding 10 pada tahun lalu mempengaruhi tekanan antara kami. Tahun lalu, kalau gaduh pun antara saya dan Ajak (Shiro) saja, tapi tahun ini tekanan kuat jadi mungkin sesama peserta rasa impaknya,” katanya dalam satu laporan akhbar.
Sementara itu, Jep Sepahtu atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, tiada konflik atau perselisihan faham berlaku seperti didakwa kerana hubungan mereka akrab seperti biasa.
“Semua okey dan tak ada apa-apa kot. Hubungan kami memang rapat dan tak tahu pula kalau benda (gaduh) itu berlaku (ketika) saya tak ada di situ. Setahu saya benda itu tak betul. Kami bertegur baik macam biasa saja. Letihlah dengan tuduhan macam ini, tapi inilah cabaran dalam pertandingan,” katanya.
MLM2013 memasuki minggu ke-11 menyaksikan persaingan antara kumpulan Sepahtu, Jambu, Shiro, Bocey, SYJ dan Nabil bertemakan ‘Silent Comedy’ dan Karoot Komedia. Ia berlangsung di Dewan Wawasan Jitra, Kedah pada jam 10 malam ini dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (134).