AKHIRNYA TERBONGKAR !!! Hasil Bedah Siasat Semalam Membuktikan. Inilah Punca Sebenar Adik Thaqif Meninggal Dunia.. Dan Akhirnya Rakaman CCTV Dari Jarak Dekat Arwah Thaqif dipukul di tapak kaki, Al-fatihah


LAPORAN bedah siasat pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal dunia semalam dipercayai kerana didera, dijangka siap dalam tempoh dua minggu, lapor Bernama.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat dipetik sebagai berkata bedah siasat itu mengambil masa lama kerana hospital perlu meneliti masalah dan kesan fizikal yang terdapat pada tubuh mangsa serta siasatan polis.

“Sebelum proses bedah siasat dilakukan, doktor menemu ramah ibu bapanya, menanya siasatan polis dan merujuk kepada doktor yang menjaganya tentang rekod kesihatan yang ada," katanya dipetik daripada Bernama.

Ayub berkata orang ramai dinasihatkan tidak membuat pelbagai spekulasi sehingga keputusan bedah siasat dimuktamadkan.

Thaqif, pelajar Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kota Tinggi, Johor dipotong kedua-dua kakinya selepas cedera dikatakan akibat didera dan diseksa pembantu warden asrama itu yang merotannya dengan getah paip sehingga kakinya bertukar lebam, biru dan hitam.


Kakinya terkena jangkitan dan kemudian tersebar ke bahagian buah pinggang serta bahu kanak-kanak malang itu.

Beliau dijadualkan menjalani satu lagu pembedahan pada 8 pagi semalam untuk membuang tangan kanannya tetapi ditangguhkan kerana jantungnya lemah.

Beliau dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru petang semalam dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi lewat tengah malam semalam. – 27 April, 2017.

Klik Tengok Video Di Bedah Siasat